Tuesday, 8 April 2014

Novel yang berjodol : Aku Akan tetap Bersamamu

 Jodol Novel ini ialah: Aku akan tetap bersamamu

dalam cerita ini cuma ada dua watak sahaja iaitu watak pertama bermula daripada seorang lelaki yang bernamanya Azami bagi mana kala, watak yang kedua pula bermula daripada seorang perempuan iaitu bernama  Asmira. cerita mengisahkan tentang orang yang menyukai perempuan tersebut tetapi terdapat banyak cara dan cabaran yang di tempuh olehnya ada juga pengajaran kepadanya jadi marilah kita membaca cerita ini. temanya: 'kasih sayang seorang kepada orang yang tidak dikenali'.

BAB1:PERTEMUIAN YANG TERINDAH

Pada suatu hari ada seorang lelaki yang bernama Azami. inilah kali pertama dia pernah menjumpa seorang perempuan yang bernama asmira di sekolah memandu. hajatnya sebenarnya adalah mengambil ujian lesen motorsikal.

pada masa mulanya, Azami cuma ada masa selama 5 hari sahaja, kebetulan pada masa itu Azami pula memang pandai dalam bidang motorsikal.
tapi manakala perempuan tersebut pula tidak tahu akan dia telah membuat kesilapanya diselekor con itu,Apa bila Azami melihat kesilapan Azami
menegur kesilapannya lalu perempuan yang bernama asmira mendengar kata-kata azami kepadanya.

" awak janganlah sesekali membuat kesilapan yang boleh menyebabkan awak gagal sepatutnya awak perlu masuk kekiri permulaan kon itu!! daripada sebelah kanan ok".

Asmira berkata "ye ke saya tidak perasan pun yang itu maafkan saya ye".

azami berkata lagi " tak apa saya boleh mengajar awak sehingga sampai awak pandai".

Dengan baik hatinya Azami ingin mengajarnya tanpa berkata apa-apa.
Selepas itu,mereka terus pulang selepas berbincang denganya.

BAB2: MENGAJAR DENGAN BETUL

Hari ini adalah hari kedua untuk Azami dia  datang ke sana lagi,
semata-mata meneruskan hajatnya untuk mengajar Asmira itu,
Semasa hari kedua itu juga Azami mula mengajar Asmira.
bermula pertanyaan daripada asmira kepada Azami
" Cuba awak cerita kepada saya bagaimana dengan ujian bahagian 2 dengan bahagian 3".

Azami pula menjawab soalan yang diberi kepadanya
" bagi bahagian 2 dia bermula daripada titian tidak kurang daripada tujuh saat,
bagi pusingan con pula bermula daripada sebelah kanan bukannya sebelah kiri,
selepas itu bermula brek emergency ,selekor 8 dan sisian tajam selesailah bahagian2.

bermulalah bahagia 3 hidupkan enjin, periksa helmet ,
periksa cermin sisi, bagi isyarat dengan betul dan membuat double stand
selesailah kemuanya itu."

Azami bercakap sambil terseyum dalam masa yang sama juga azami mula menyukai kepada Asmira. Selepas habisnya training Azami  mencuba untuk memintak nombor atau Emailnya.
Selepas itu, Azami telah mendapat nombor telefon dan juga Emailnya.

Pada malam itu juga, Azami mulalah mencari rakannya dilaman sosial
seperti facebook dan akhirnya Azami terjumpanya rakannya di facebook
mula Azami menhantar pesanan kepada Asmira boleh tahan jugalah
lamanya dia bercakap didalam chat tersebut.

akhiranya Asmira mula berasa penat untuk membalas pesanannya.

"ok lah saya sudah mula berasa mengantok".
kata Asmira kepada Azami.

Azami mulalah membalasnya" kita jumpalah esok tau"
Kata Azami kepada Asmira.

BAB3, BABAK PERTENGAHAN MEMBUKTIKAN KEBERNARAN

azami janji untuk menghadirkan dirinya lebih awal tetapi Azami terlambat untuk datang ke sekolah memandu.Bila azami sampai sahaja ke sana Azami ternampak Asmira sedang berlatih motorsikal.
Pada waktu itu, Azami berasa sebersalah kepada Asmira.
selepas Asmira habisnya latihan Azami terus memintak maaf kepada Asmira.

Asmira pula menjawabnya
"takpe saya tahu awak kepenat semalaman kan tak apa saya ok saje".
Kata Asmira kepada Azami.

Pada hari itu, jugalah Azami mula menyayangi Asmira tanpa rasa ragu.
Azami juga mulalah memanggil Asmira dengan menyebut Nama gelarannya iaitu "sayang" dan mula sukakan Asmira tetapi Asmira cuma menganggap Azami sebagai kawan sahaja.

selain itu, Pada hari keempat Azami telah berjanji untuk datang ke sekolah memandu tetapi dia tidak dapat hadir kerana terpakse berkerja untuk mencari duit dalam masa sehari itu.

Asmira mula terfikirkan yang Azami telah menipunya.
Tetapi barulah Asmira percayakAn Azami kerana dia dapat membukti yang dia sememangnya tidak membohongi Asmira itu.

BAB4 BABAK KEMUNCAK KEHILANG SESEORANG

Hari kelima. Hari ini adalah hari Azami dan Asmira mengambil ujian memandu. Azami juga cuba menenangkan kawan-kawannya tanpa fikirkan perasaannya
yang sedang gemuruh terhadap permulaan di titian tersebut.

Tetapi pada masa itu, Azami berjaya melepasi ujian memandu.
Azami kenalah terus ke perjabat untuk memberitahu yang azami lulus dalam ujian.

tetapi selepas selesainya ujian tersebut azami risau hatinya memang macam tak sedap hati tentang Asmira dan dia berlari semata-mata untuk mencari perempuan itu.

Pesanan Akhirnya sebelum berpisah walau apa pun terjadi Azami akan tunggu Asmira untuk 2 tahun tetapi azami sudah bertanya kepada Asmira single ke atau sudah berpunya.
semasa hari itu juga, terdapat pelbagai tanda-tanda kepada Azami
yang Asmira itu sudah berpunya.

tetapi kemanakah Asmira pergi ??. azami tidak tahu apa pun tiba-tiba Asmira hilang begitu saja tanpa berkatakan apa-apa kepada Azami !!.

Azami pun terus mencarinya sehinggalah ketempat perhentian bus yang pernah dihantar oleh Azami walaupun jauh tetapi azami tetap tidak akan mengalah untuk mencari Asmira tetapi tidak kelamaan hati Azami telah merasakan yang Asmira itu sudah pulang bersama ayahnya. Dalam fikiran Azami cuma ingin tahu tentang keputusan ujian Asmira ?? .

BAB5, BABAK AKHIR KESEDARAN

  Kenapa Asmira tak ada masa Azami cari?? . Dimakah dia. ok sebenarnyaa Asmira lari di sebab gagal masa dekat ujian itu titi itu. Selepas itu dia nak balik tapi dia cuba mencari Azami tetapi tidak jumpa Azami.

 Jadi terpakse lah Asmira pergi tanpa mngatakan apa-apa!!. asmira sebenarnya kridit tiada untuk membuat panggilan tetapi Asmira sempat  menghantarkan pesanan kepada Azami.

Asmira menghantar pesanan kepada Azami di facebook 
dia berkata kepada Azami.

"saya mintak maaf kepada awak kerana saya tidak sempat menghantarkan pesanan atau panggil kepada awak"

 jawab Azami kepada Asmira
"walau apa pun terjadi saya tetap akan bersama awak!!"

 dan Asmira pun berkata 

" awak trima ksih atas pertolongan awak saya  amat hargai dan satu lagi awak jangan lah tunggu saya sebab nanti awak akan sakit"

 Azami cuba untuk mencari apa sebabnya?? kenapa asmira cakap sedemikian rupanya??.  Rupanya Asmira sudah ada yang berpunya.

Azami hanya mampu menerimanya dan kenalah redo atas apa
yang belaku itu ada lah dugaan baginya.
Pada hari itu jugalah azami telah mendapat sakit  dalam masa
seharian kesakitan Azami semakin teruk kerana terlalu memikirkan
orang yang Azami  sayangi.

Mulalah terkena sakit seperti,deman,selsama dan pening kepala pada hari itu . Tiba-tiba semasa  Azami tertidur kerana kepenatan Azami  tersedarkan akan kesilapannya kepada Asmira diberasa perkara yang dibuat selama ini,

memang berguna untuk membantu Asmira sehingga iaiya pandai dalam membawa motorsikal tetapi hajat Azami kepada Asmira tidak tercapai.Azami dia hanya mampu  berserah kepada allah dan tahu apa yang dibuatnya mesti ada sebabnya kan.

Azami hanya mampu mendoakan kebahagian Asmira dan pilihannya tamat lah cerita ini terima kasih kerana membaca novel yang telah saya buat untuk kali pertama pengajarannya ialah "jangan kita mudah mengharapkan sesuatu tanpa usul periksa".assalammualaikum  waramatullah hiwabarokatu.
Dibuat oleh raja muhammad sufian

Thursday, 13 March 2014

awas jerebu semakin tebal

assalammualaikum kepada warga malaysia jangan lah galakkan anak anda bermain diluar kerana jerebu sudah menjadi semakin bahaya.kepada keluarga yang membenarkan anak-bermain kemungkinan anak anda akan mudah terdedah kepada penyakit.cara yang paling bagus baik kita mencegarnya dan satu lagi kalau keluar jauh jangan lupa memakai topang ea assalammualaikum.